Jumaat, Mac 30, 2012

CERTOT : BEGINI

Tersebutlah hikayat tiada bernama, tiada catitan mahupun lisan. Yang tinggal cumalah bayangan fikiran yang tidak boleh diluah lontar tanpa perasaan.

Baiklah, begini cerita mulanya.

Dalam satu daerah sunyi terpencil lagi sepi dan kosong, tinggallah seorang lelaki separa muda yang kelam wajahnya, yang lara hati merahnya, yang sakit perasaan rindunya, yang bocor air mata jantannya.

Maka tiada siapa pula yang mahu untuk hampiri mengubati keadaan yang semakin hari semakin hebat melayan dirinya ini.

Hendak dijadikan cerita, muncullah seorang hamba TUHAN yang merantau ke segenap daerah yang ada didunia yang kebetulan melintasi tempat si lelaki separa muda itu diami.

Di perhati dan di selidiki, bertanya lah dia.

"Apa punca angkara engkau jadi seperti ini?

"Tiada apa..."

"Masakan tiada apa sehingga engkau berubah rupa dan perihal diri?"

"Ya, tiada apa yang tinggal lagi pada diri aku ini, melainkan rasa sakit yang entah bila akan berhenti."

"Mengapa?"

"Kerana ini..."

Di selaknya lapisan baju yang menutupi tubuh keding kurang berdaging itu. Ada kesan parut tepat pada kedudukan jantung.

"Parut apa ini?"

"Kesan curi. Ada yang merobek ruang jantung ku ini dan curi isinya pergi jauh tanpa aku sempat bertanya siapa dan mengapa..."

"Mengapa tidak sempat pula?"

"Aku Buta pada melihat dan Leka pada perbuatan yang tidak sempat ku halangkan."

"Sampai bila kau akan begini?"

"Sampai bila-bila melainkan ISI nya ini dipulanngkan kembali..."

Terdiam lah si perantau tersebut, menangguk tanda faham dan tanpa perlu banyak soal lagi maka berjalan lah si perantau ke destinasi lain tanpa mahu untuk melihat ke belakang. Maka kisah si lelaki separa muda itu lah yang akan menjadi titipan dia bila berhenti rehat di negeri orang.

p.s : cerita perkara.

Tiada ulasan: