Khamis, Mac 01, 2012

BUNOHAN

"Ini baru lah FILEM!" kata gua pada member gua yang bertanyakan apa perasaan gua setelah gua berpeluang menonton BUNOHAN di malam gala bertempat di TGV, KLCC semalam. Ya, selaku orang yang sentiasa mengunjungi pawagam demi memuaskan sebahagian nafsu menonton dan mengempukkan badan di kerusi sambil mengunyah jajan, gua percaya ini adalah sebuah filem yang benar-benar mempunyai jiwa 'sebuah filem'.



Ini filem JANTAN, segalanya gagah dan berentap, baik dari jiwa, gaya dan kata-kata. Tiada lagi jantan lembik dan lempok. Tiada hero yang muka nya jambu dan metroseksual. Ini gaya JANTAN, PELUH JANTAN, bahasanya JANTAN, licik daya nya JANTAN dan JANTAN.



p.s : Silalah datang ke kampung saya, BUNOHAN!

Tiada ulasan: