Rabu, Januari 25, 2012

JARI JEMARI

Jari ditangan kita sebut jari kelingking, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari. Kalau jari di kaki disebut apa? Jari kaki gua yang paling bongsu sekali di kiri dan kanan terlecet dek diri gua yang kasihankan kasut kungfu hitam yang terperuk sekian lama dalam gobok kasut. Yalah, selama ini gua acapkali bersandal sahaja. Lebih selesa. Kalaulah manusia sekeliling tidak mempedulikan dengan gaya dan fesyen sudah tentu mau sahaja gua berkaki ayam. Omputeh kata BACK TO NATURE. Pailang-pailang gua pun, gua tetap terkesan dengan pandangan serong masyarakat setempat. Jangan MENGUNDANG fitnah.



p.s : urut tapak kaki sangat adalah aktiviti kesakitan untuk kelegaan demi keselesaan.

Tiada ulasan: