Jumaat, Januari 27, 2012

CERTOT : GENTAYANGAN

Laluan kebiasaan itu menjadi sedikit janggal pada malam ini. Tidak seperti malam lainnya. Malam ini rasa begitu hening, sunyi dan amat sepi. Dia masih lagi setia mengikuti jalan itu. Bertemankan moto honda merah, tanpa muzik dia menelusuri jalan yang sama untuk pulang. Di hadapannya kelihatan beberapa ekor anjing yang rancak berkawan dan melepak ditepian jalan. Seperti selalunya, anjing-anjing itu tidak pernah sesekali menyalak pada dia. Mungkin sudah biasa melihatkan dia yang sering mengguna pakai jalan dan laluan yang sama. Tetapi malam ini, anjing itu menyalak beria ia. Lolongan sekawan anjing itu pada dirinya amat berlainan sekali.

"Ah! Sudah! Bala apa pula malam ni!"

Ramai juga jiran-jiran bercerita, jangan dilalu jalan ini pada waktu sebegini. Ini laluan 'Highway' kalau masa sudah nak masuk jam 3 pagi. Memang ternyata benar. Jam sudah menunjukkan detik jam 3.15 minit pagi. Ya lah, kerja Freelancer cam dia nak buat apa lagi? kerja tak menentu masa. Tapi pulangan setakat ini amatlah melegakan. Penat memang penat, tapi ini kesukaan yang dia tidak perlu memaki dan mengungkit akan cara kerja dan kehendak diri.

Sedang dia mengelamun , tiba-tiba muncul sesusuk tubuh tidak menjejak tanah betul-betul ditepi pokok besar kirinya itu. Susuk tubuh putih itu beralu alun. Tidak begitu aktif. Pasif dan berada depan mata dan merencatkan perjalanan dia yang mahu pulang kerumah.

"Maafkan gua, gua penat yang amat, malam ni gua takde mood langsung tuk berasa SERAM dan TAKOT...lu cuba malam lain. TERIMA KASIH." 

Dengarkan saja kata-kata itu, nyalakkan dan lolongan anjing mula berhenti. Sekelip mata susuk tubuh yang bergentayangan itu pun lesap. Mungkin dia makhluk yang faham bahasa. Soalnya siapa kata DIPLOMASI tidak mampu menyelesaikan masalah sengketa?

Dia pulang ke rumah dan tidak lagi mempedulikan momokkan jiran-jirannya lagi. Sebab dia  tahu, makhluk Hantu itu tahu berbahasa dan faham situasi untuk komunikasi.

p.s : malam jumaat punya cerita.

Tiada ulasan: