Tidak ke mana. Hanya biar ia sepi dalam diri.
Tidak kah kau berasa pedih dan sakit?
Biar ia sebagai hukuman kerana aku tertipu dek perasaan
Mengapa tidak kau berterus terang?
Supaya tidak wujudnya curang.
Mengapa begitu?
Sebab dia, ada yang sayang
Bagaimana dengan si dia?
Sudah pasti dia bahagia dengan kehendak dirinya.
Pernah kah kau meluahkan?
Tidak. Sebab aku punya kebaculan.
Jadi, apa yang tinggal kini?
Hanya rasa suka dan aku mahu untuk memerhati biar dari jauh sehingga aku mati.
Pasti?
Amat sekali!
p.s : rasa - rasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan