Malam tu malam yang melankolik sekali. Terlalu bercampur baur. Pelbagai rasa yang beraduk aduk. Sesekali dia menjengah dan memerhati. Dia elak. Kemudian mengintai kembali. Berulang-ulang kali. Sengaja dia buat begitu. Bukan memujuk hati, cuma mahu merasa pasti. Mengapa dia merasa begitu? Mengapa harus dia harus berlaku begitu? Apa jadi sebenarnya? Kali ini dia rasa asing. Nilai rasa yang janggal. Pelik dan aneh. Kali ini dia nekad lagi. Dia perlu lari dan pergi. Biar jauh. Dengan jarak ruang ini nantinya dapat memulihkan perasaan aneh nya itu.
"Mengapa lari dan pergi?"
"Elak rasa yang sebegini..."
"Rasa apa?"
"Bila kita mula sedar yang kita mula rasa cemburu dek seseorang
dengan seseorang yang lain, lebih baik kita beredar dan angkat kaki.
Nanti payah nak pujuk hati."
Itu malam terakhir dia menegur dan menyapa si dia. Selepas malam itu dia tidak lagi mahu muncul dalam mana-mana ruang si dia. Sekadar perhati dan menelan yang pahit-pahit. Tetap menyokong dan mendoakan sampai bila-bila sebab minat dan sukanya pada si dia begitu hebat dan padat!
p.s : dua kali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan