Isnin, November 07, 2011

QURBAN

Pada Qurban yang lalu, ada jiwa yang terkorban. Ada rasa yang terkorban, ada jasa yang juga terkorban. Kali ni Qurban tidak memberi nadi. Tiada hati yang perlu didukung lagi.Qurban kali ini sepi, kering dan kontang. Tidak lagi dibasah dengan ujaran sayang. Tidak di dengarkan lagi kata manis penyedap jiwa. Muga ia memberi moral bawah cinta itu bukan untuk manusia. Ia untuk TUHAN. Bukan untuk diberi percuma semata. Nanti-nanti muga hari memulihkan lagi perasaan separa hancur yang cuba untuk berdiri gagah tanpa mengharapkan ia kembali. Pergi jauh muga tidak nampak dimata, tidak berdenyut di nadi, tidak melekat dihati. Qurban kali ini sepi menyendiri tanpa mahu memikirkannya lagi. Selamat meraikan Qurban. Muga engkau tidak lagi menjadi-jadi.

p.s : selamat meraikan Aidiladha.