Lewat pagi itu, tangan dan mata masih meliar di muka buku. Mengisi ruang kosong yang sentiasa kejam pada diri yang tidak ditandu ini. Sesekali hatinya mahu menekan ikon yahoo mesenger yang sekian lama bersawang itu. Hampir dua tahun juga dia mematikan fungsi yahoo mesenger nya itu. Sengaja dia menahan nahan dirinya dari tidak berkomunikasi di sesawang yang memberikannya candu yang meracuni sanubarinya selama ini. Yalah memandangkan dunia komunikasi tanpa sempadan ini, banyak hal boleh saja terjadi tanpa berada di hadapan mata.
Malam itu dia melihat status itu berubah-ubah. Seperti mempamerkan sesuatu. Pada mula dia merasakan oh itu cara dia komunikasi tanpa memasuki tetingkap chat. Dia pun tertarik untuk menukar status nya. Sengaja mahu memancing dan melihat reaksi manusia di sana itu bagaimana. Oh! yang di sana pun menukar juga! Wah! girang hatinya! Ada respon! Dia tukar lagi! kali ni makin galak! Sama-sama bertukar-tukar status! Waah! berbunga lagi jadinya! Kali ini sungguh dia berdebar, kali ni nekad dia mahu menegur di tetingkap chat pula. Dia diam seketika, memikirkan kata dan nada yang sebaiknya. Harapannya, dia mahu mengembalikan rasa rama-rama yang bergelodak dalam perutnya itu!
Status yang terakhir masih ada disitu, masih belum bertukar. begitu juga dengan dia. Oh! mungkin ambil masa tuk berehat atau ke tandas mungkin. Ya! ini lah masanya untuk dia menegur dan mula bicara. Jangan lengah!
Dia menaip...
dan dia padam.
dia taip sekali lagi
dan dia padam!
Argh! sukar juga nak mulakan kata setelah dua tahun berdiam dan melihat dari jauh sahaja rupanya! Bebal sungguh dia malam ini! Sama bebal ketika dia gagal untuk melancar sifir lapan masa darjah empat dahulu! Bodoh!
Tiba-tiba, dia terlihat notification status di sana berubah lagi! Kali ni lagi rancak dan tidak seperti tadi! Aik? dia tertanya! Apakah? Mengapakah? Siapakah? Dia amati betul betul status demi status yang bertukar tukar itu. Dia amati dalam-dalam, benar-benar!
....
Sialan!
Bodoh!
Dia terjerat ngan perasaan nya lagi.
Status yang bertukar-tukar bukan ditujukan untuk dia.
Itu adalah status si dia untuk si dia. Bodoh rupanya! Malam itu dia nekad, bukan sahaja dia delete semua jaringan sosial yang dia punya, malah segala ruang chat, email, twitter, dan blog pun dia delete! Dengar khabar dia tidak lagi berinternet.
Kini dia cuma berurusan dengan surat menyurat rasmi dan talian telefon sahaja. Mungkin kali ini kekecewaannya menjadikan dia manusia parah yang gagal diubati sakitnya itu.
p.s : dasar kecewa itu sememangnya tak bagi muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan