Isnin, September 05, 2011

TIPS

Gejala makan besar ketika Syawal demi meraikan Aidilfitri adalah sememangnya menjadi tradisi kita turun temurun. Bulan puasa yakni bukan Ramadhan adalah bulan yang ada diantara kita yang meletakkan bulan tersebut adalah bulan yang paling tepat untuk ber'jimat', bulan terbaik untuk ber'diet', malah jika kalian pandai dan dalam kelompok yang bijak, poket anda juga dapat diselamatkan. Okey, tapi entri ini bukan untuk menerangkan faktor jimat cermat. So, gua nak bagi tips bagaimana untuk mengenalpasti susuk tubuh anda sama ada ianya berkurangan atau bertambah. Berikut adalah cara-caranya :-

1. Sediakan SELUAR mengikut saiz terkini anda. (contoh:- terkini ialah 30cm)
2. Sediakan juga SELUAR mengikut saiz yang anda mahukan. (contoh:- 28cm)
3. Lakukan rutin dan kewajipan anda berpuasa. Pada keadaan ini, pastikan anda bersahur dan berbuka mengikut skala yang ala kadar. Lebih baik jika anda mengikut sunnah Rasul. *jika anda sememangnya seorang yang pelahap, lupakan sahaja untuk mengikut step yang seterusnya.
4. Pastikan selang seminggu anda mencuba SELUAR saiz yang anda mahukan. Adakah ngam-ngam, muat atau masih ketat?
5.Jika Anda rasa selesa dengan perubahan saiz seluar, maka percayalah ANDA TELAH BERJAYA!
6. Oh! lupa pulak! Jika mahu lebih MOTIVASI dalam mengecilkan saiz diri, lebih baik anda membeli SELUAR jenama yang paling MAHAL! Gua percaya kalian mesti mahu pakai juga Seluar yang nilainya sepuluh kali ganda dari seluar bundle yang lu beli!

Sekian. Risiko lu tanggung sendiri.

P.s : kejelitaan adalah milik setiap insan.

Tiada ulasan: