Sabtu, Ogos 20, 2011

RAGAM RAMADHAN 7

Susana di bazar Ramadhan, sibuk dengan gelagat orang membeli dan menjual. Tapi hari ini hujan main-main. Sebentar reda dan sebentar renyai dan kemudian lebat. Jam 7.00 petang barulah gua dan member gua merangkak mencari juadah berbuka.

"Mai beli bang beli! Dekat nak buka ni bang! 2 ketul lima ringgit!" -  penjual ayam percik.

"Meh! Meh! Meh!  2 bungkus dua ringgit! nak buka dah ni, kita kasi offer! " - penjual air buah buahan.

"Abang! nak abis dah ni bang! meh bang! 3 dua ringgit! " - penjual murtabak.

-----------------

"Ok! kalau tu diorang offer harga murah sebab nak berbuka, kita tunggu waktu dah lepas berbuka, KONPEM FREE kan? ka? kan? - Gua.

p.s : sebab tu gua suka beli dekat-dekat nak berbuka. Mungkin diorang nak bersedekah.

Tiada ulasan: