Rabu, Ogos 17, 2011

CERTOT : TIDUR

Sehari harian dia tidur. Itu pun setelah kerja atau tanggungjawab sehariannya dapat dibereskan. Pendek kata, peratusan lainnya dalam hidupnya setiap hari adalah tidur-tidur-tidur.

Selesai kerja  - balik dan tidur.

Selesai solat - masuk bilik dan tidur.

Selesai beriadah - balik dan tidur.

Makan - tidur.

Mandi - tidur.

Berak, kecing - tidur, tidur dan tidur.

"Lu ni gua tengok asyik penuh ngan aktiviti TIDUR je... apa kes kawan?"

"Dalam tidur aku boleh BERMIMPI..."

"Mimpikan siapa?"

"Mimpikan dia... " sambil tangan menunjukkan wallpaper seorang gadis berambut potongan CHINA DOLL yang juga mahu jadi seperti CITRA ~TAHAJJUD CINTA ; yang menjadi hiasan desktopnya itu.

p.s : mimpi itu gembira diri. sebab yang asli tak sebaik realiti

Tiada ulasan: