Petang itu dia senyum sahaja. Senyum sepanjang masa. Kalau dikira ibadah, mungkin sudah bertan-tan pahala. Petang itu rasanya lain. Semua berbunga-bunga. Semua seperti berwarna. Detik demi detik, dia kepingin melihat jam ditangan. Aduh! lama lagi rupanya! Semalam dia sudah berjanji bertemu dengan penyeri hati. Penyeri hatinya mahu bertemu. Janjinya malam. Tepat jam sepuluh ambil lah dia di rumah.
Kerjanya sepanjang hari ini semua seperti punya melodi. Hatinya girang berbunga riang. Oh! mungkin ini penangan manusia angau bercinta. Hebat! Mungkin si CUPID telah berjaya memanah tepat dan tertusuk kemas dihatinya. HEBAT!
Tik tok tik tok! Erghh! lama lagi! Tik Tok Tik Tok! Erghh! Mohon sabar! Kejap aja lagi!
......... jam menunjukkan jam sembilan, lima puluh sembilan minit, lima puluh sembilan saat!
YEAY!
Bergegas dia menderu ke kuda roda duanya itu. Bekalan minyak wangi CK ONE yang dia beli hasil duit tabungannya itu disembur sehingga semerbak baunya. Biasanya dia hanya menggunakan ONE DROP PERFUME atau BodySPRAY jenama REMY ISHAK. Cuma kali ini dia melabur sedikit modal untuk merasa nikmat bau pemilik penyeri hatinya itu.
Menderum kuda roda duanya menuju ke teratak penyeri hati! Hatinya girang sekali. Persis budak sekolah yang baru masuk JAWI!
Sampai di rumah penyeri, dia lihat penyeri hatinya sudah menanti. Wah! Makin berseri-seri! Dia tenung lama-lama! Wah! cantik!
Dia matikan suis kuda rodanya. Mengambil topi keselamatan yang sedia tergantung di sisinya, baru sahaja dia mahu menyarungkan ke kepala penyeri hatinya, tiba-tiba , penyeri hatinya berkata,
"MAAF tak boleh lama, si dia tu mahu pulang!"
Hatinya pedih. Terasa disiat dan disimbah asid. Sunyi.
p.s : bila kau menyatakan RASA, apa NILAI yg kau terima?
Hatinya pedih. Terasa disiat dan disimbah asid. Sunyi.
p.s : bila kau menyatakan RASA, apa NILAI yg kau terima?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan