Rabu, Ogos 31, 2011

CERTOT : BOX OFFICE

Al kisahnya, ada seorang pengarah muda. Yang tiba-tiba sahaja meletup gah namanya. Itupun dek kerana filem nya yang begitu meruntun jiwa. Banyak review menyatakan bahawa filemnya itu lebih gah dan masyur dari Puteri Gunung Ledang, lebih berderai jiwa dari Nur Kasih dan lebih enak ditonton berbanding filem-filem pecah panggung David Teo. Malah, dari kejayaan yang luar biasa itu jugalah mampu menenggelamkan populariti Dr Romzey dan beberapa iklan MLM yang lainnya. Ramai juga pelakon tanah air cuba untuk berlakon dibawah arahannya itu. Tetapi pengarah ini agak memilih dan begitu selektif. Dia menyatakan bahawa dia menghasilkan karya, bukan produk fast food. Dia mahu menjadi seperti U wei yang  begitu berdedikasi menyiapkan filem Hanyutnya itu. Selesai tayangan perdana filem 'KAMU', di sidang akhbar ramai wartawan bertanya dan yang paling penting ialah , "Apakah formula anda dalam membikin karya dan filem seperti ini?" dengan pendek, pantas dan tegas, dia menjawab "Khianat dan rasa frust dalam bercinta..."

p.s: cinta tu MASTERPIECES manusia.

Tiada ulasan: