Sabtu, April 16, 2011

PAILANG

Bila sebut nama dia, satu daerah kenal dan gerun. Bukan calang-calang orang. Pernah jadi kes dimana dia lempangkan saja budak yang melakukan percubaan untuk mengepau ringgit Malaysianya. Bukan kerana dia tiada duit, cuma kaedah dan gaya budak itu sahaja yang tidak kena. Lagak budak itu memang mengundang penampar bersahaja. Mungkin kerana sticker 3 warna ala-ala Bob Marley yang terlekat di motornya itu.

Petang itu, petang ahad. Petang beriadah. Dah jadi lazim dia tuk melihat-lihat kawasan sekitar. Seperti gaya wakil rakyat persisnya, Acapkali juga dia melihat jam anti gegar tiruan dan telefon tangan. Yang melihat mungkin menyangkakan yang dia seperti ada satu urusan yang sangat penting.

Dia lihat lagi jam tangan anti gegar tiruannya.
Lagi...
Lagi...
dan lagi....

Oh! dia mula bergegas. Meninggalkan kawasan riadah dan hilang sekelip mata! Oh! mungkin ada urusan atau mungkin ada yang minta dilempang laju-laju! Apa lagi yang nak jadi?

Selang beberapa minit. Di ruang laman sosial MUKA BUKU. Tertera status : BOBOI BOY ~ TERBAEK!
Ah! Pailang pun manusia biasa yang juga minat kartun, ye tak?

Tiada ulasan: