Ahad, April 10, 2011

CERTOT :IKAN BAUNG

Petang tu hujan turun renyai. Rumah bot sudah berada di posisi selamat. Pancing pun sama. Di biarkan dari semalam menunggu jika ada umpan yang mengena. Mungkin kerana hujan rahmat yang tak putus-putus tiba, merencatkan akitiviti memancing dan menjala yang sedari awal dirancangkan bersama. Sambil melepak dan menghirup kopi panas dan layan blues, tiba-tiba dengar pula suara yang memekik "Ikan baung! Ikan baung!". Bertempiaranlah kaki-kaki pancing di atas bot tadi ke pancing masing-masing.  Ditarik satu persatu pancing yang tersusun seolah-olah seluruh tasik kenyir itu mereka yang punya! Tapi HAMPA! tiada satu pun pancing mengena! Jadi mana datangnya IKAN BAUNG itu?

"mana ikan baung nye? takda pun!" mula mengepal buku lima. yang lain memandang sama dengan mata merah menyala.
"tu........ sana tuuuuuuuuuu!" menjawab semangat sambil tangan menunjukkan ke satu arah!

Ramai-ramai mula menjengilkan biji mata dan memandang tepat ke arah yang ditunjukkan itu. Mula mengenal pasti objek yang dikatakan ikan baung itu. Objek dikenal pasti! Muka masing-masing berubah! Ya! IKAN BAUNG itu memang besar. Gagah dan begitu menonjol di dalam air.

Di satu ruang yang lain, di rumah bot yang sama, seseorang yang bukan kaki pancing tegar keluar dari bilik termenung. sambil muka menunjukkan puas dan membetulkan seluar, dia berjalan perlahan ke arah kumpulan orang yang sibuk melihat IKAN BAUNG BESAR yang dikatakan tadi. Bila dia pun sama menjengah kepala untuk bersama-sama dengan yang ramai itu, yang ramai-ramai sudah mengagak perkara yang sama! Oh! sudah tentu IKAN BAUNG BESAR itu dia ni yang punya!

Petang tu, seseorang yang bukan pemancing tegar dikeronyok sepuas-puasnya! IKAN BAUNG BESAR JADI-JADIAN itulah puncanya!

Tiada ulasan: