Sabtu, April 02, 2011

CERTOT : HATI

Acapkali mereka bergaduh. Selalu juga bertengkar tetapi kembali baik. Si Lelaki tahu bahawanya Si Perempuan itu amat degil tingkahnya. Mungkin benar kata orang tua, jodoh takkan kemana selagi tepat pilihannya itu walau pelmacam benda dok singgah.

Ari itu mereka bergaduh lagi. Mungkin kali ini lebih tajam, lebih perit dan lebih dasyat impaknya. Pendek kata jika silaturahim itu boleh dilihat talinya, mau saja dipotong-potong dan campakkan ke hujung dunia tempat dia takkan ketemu lagi tali itu. Biarkan saja ia rapuh dan hilang. Akhirnya mereka berlaga angin dan arah. Tiada lagi mahu memandang muka. Tiada lagi mahu mengucapkan kata. Si Perempuan pun sama, teruskan saja membawa dirinya pergi jauh. Si Lelaki seperti biasa, tetap menguruskan kehidupannya walau hariannya terganggu dengan SATU RASA.

*selang beberapa MINGGU.

Si Lelaki gundah gulana. Dia bertanya pada dirinya sendiri, Mengapa hebatnya penangan Si Perempuan, betapa kuatnya impak kali ini yang perlu dia tanggung? Mau saja dia kirimkan warkah kosong kepada TUHAN agar diambil semula RASA , Sayang, Kasih, Rindu dan Ingin Tahunya terhadap Si Perempuan. Tapi yalah, Si Lelaki sedar bahawa dia bukanlah manusia terpilih yang mampu berkomunikasi dengan TUHAN secara langsung yang kemudiannya TUHAN akan memakbulkan permintaannya begitu saja.

Si Perempuan pula mencari penganti yang lebih moleh dari Si Lelaki. Mungkin benar dia sudah ketemu lelaki yang jauh lebih molek dari Si Lelaki. Kerna itu dia tidak lagi mengendahkan kiriman pesanan ringkas, mahupun menjawab panggilan telefon yang sengaja Si Lelaki cetuskan.

*akhirnya

Si Lelaki tidak sanggup memendam rasa, melihat Si Perempuan yang satu ketika dia sayang, dia kasih, dia rindu dan dia mahu itu senyap sepi dan meneruskan niatnya tuk bersama LELAKI LAIN yang Si Lelaki rasa LELAKI LAIN punya niat durjana.

Habi semua hutan diselongkar, ceruk bandar di selongkar, tempat-tempat disyaki pun sama, Si Lelaki tak putus asa, dia mahu tahu kemana dan bagaimana dia boleh berjumpa dengan Si Perempuan. Maka terjumpalah Si Lelaki dengan Si Perempuan yang kebetulan lalu disampingya dengan menaiki motosikal berkuasa besar bersama LELAKI LAIN. 

Si Lelaki itu pun menjerit sekuat hati !


"Pulangkan balik HATI aku yang kau pegang selama ini! Aku mahu letakkan semula ditempat yang kosong dan tak terisi ini semula!" sambil menyuakan dadanya yang berlubang kosong.

Si Perempuan terkejut dan tidak tahu berbuat apa-apa. Di CAMPAKKAN sahaja HATI Si Lelaki ke tanah, dan motosikal besar itu menderum pergi. Meninggalkan Si Lelaki dengan basikal Fixie nya begitu sahaja. Belum sempat Si Lelaki mengutip kembali HATINYA itu, kenderaan lain sudah pun mengilis hatinya. Membikin Si Lelaki bertambah ngilu, sakit dan pedih.

Kini, Si Lelaki tidak punya hati lagi. Tidak punya hati untuk diberi. Hatinya yang hampir hancur itu dia kutip satu persatu cebisan dan disimpan kedalam balang kedap udara. Mungkin dia kini terpaksa menelusuri hari menunggu jika jika ada yang sudi mendermakan 'HATI' untuk dia hidup dan punya rasa kembali.

1 ulasan:

BonekadalamChermin berkata...

suka saya dengan warkah ini.









:)