Selasa, Mac 22, 2011

CERTOT : SIAT

Entah apa yang merasuk dia hinggakan bebelannya masih berpanjangan. Tidak ada jeda, hanya leteran panjang yang pelbagai kata-kata. Ini bukan sekali dua. Pada fikiran hatinya, sudah berkali-kali. Puluh kali MUNGKIN! Niatnya cuma mahu membela dan menjaga. Yalah, hidup ini harus diisi dengan pelangi. Tapi apakan daya, dorongan dan asuhan nya untuk membentuk seorang jiwa tidak pernahnya berhasil. Lembutnya tetap dibalas kasar. Baiknya tetap dilempar najis.

Dia masih lagi cuba untuk bersabar beberapa kali lagi. Walaupun kesabarannya seperti dipijak injak, dia tetap merasakan bahawasanya manusia yang mahu berubah baik haruslah diberi tempoh dan ditemani. Ya, dia cuba mengikut aturan itu.

Masa berganti-ganti. Detik berganti pergi. Oh! ujian TUHAN barangkali. Jiwa itu tidak mahu merubah. Masih sama.

Kesabaran yang diulang pakai sudah acapkali dikitar semula. Asalnya mahu mendorong dengan kelembutan. Dia akur yang dia juga manusia. Sabarnya kini tipis dan mungkin tiada. Dia tidak tahu cara bagaimana lagi mahu membimbing. Dia bencikan pengulangan yang berulang-ulang. KINI dia sudah mula berkasar. Tiada lagi kata lembut. Tiada lagi dorongan lembut. Yang keluar hanyalah kata kasar, maki herdik yang sememangnya menyiat-nyiat!

Jiwa itu akur dan mula serik. Rasa kesal mula terjelma. Dia pula mula akur bahawa rasa yang dia rasa pada mula-mula dahulu mula tiada serinya lagi. Makin malap dan mereka harus menjauh pergi.

sumber gambar : http://www.gambar-lucu.com/
p.s : sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula sup lidah.

Tiada ulasan: