Dia dapat undangan majlis makan-makan. Kelmarin pun sama. Ada parti makan-makan juga. Daging bakar toksah cerita. Memang kesukaan dia. Kalau macam gini selalu, memang happy gila. Duit leh jimat sentiasa. Boleh bikin modal kahwin katanya.
Hari ini bersungguh-sungguh dia bersiap. Melaram sakan bak kata orang. Memang sengaja dia x makan malam tadi. Nak biar perut kosong. Sengaja tuk dia boleh isi segala macam juadah yang ada nanti. Dia tengok jam. Oh! ada lagi sejam. Majlis mula jam 2 petang.Oh! kena pergi lekas-lekas. Nanti juadah habis! Dia tak rela makan tulang aja.
Sampai di lokasi, dia terpinga-pinga. Eh! mana pulak kelibat makanan feveretnye? Puas dia pusing-pusing, melanggu, kot-kot diorang lum keluarkan dari dapur. Hampir dua jam jugalah. Kerana tak sabar dan tak rela menunggu lagi perutnya yang berbunyi dan minta diisi, lantas dia bertanya juga pada kawannya yang begitu bertungkus lumus menyuap makanan ke mulut tak henti-henti.
"Eh! mananya barbeque? Nasi je yang ada ni haa... takkan nak bantai nasi ngan rendang je kot! Lambat lagi ke diorang nak kuarkan kambing bakar tu?"
Kawannya yang dari tadi menyodok makanan, tiba-tiba sahaja berhenti makan. Digapainya tisu dan mengelap mulutnya yang comot dengan kesan rendang, dalca,acar dan papadom. Di ambilnya air sirap sunquick dan dihirup seketika.
"Woi bahalol! ni kenduri kawin! ko ingat parti barbeque ke?"
Dia diam. terkedu. Ya tak ya. Lantas mengambil nasi dan makan tanpa banyak soal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan