Ahad, Januari 09, 2011

TERKESAN

Sabtu malam minggu begini, jarang sekali aku berlibur di kota. Bukan sebab tak ada i.c atau i.c palsu. Malah lesen memandu dan road tax motor pun masih sah dan valid. Cuma ketabsuban seperti masa yang muda dulu-dulu semua dah aku nyahhidratkan.  Kini aku jarang sekali berlibur malam minggu. Kalau tak ada kerja dan urusan, maka bilik dan rumah ini sajalah dunia dan tempat sepatutnya.

Apa yang seronok malam minggu di rumah sahaja? Jawapan aku mudah aja, 
1. Majalah 3 - mungkin sebab ada Nurul Syuhada Nurul Ain, isikandungan yang terkini dan patut ditonton.
2. Cerekarama - melihat keupayaan pelakon baru, lama dengan cerita baru dan terkini.

Tapi malam ini aku agak TERKESAN dengan dua paparan tersebut. MAJALAH 3 dan CEREKARAMA. Ini kerana kedua-duanya menceritakan atau menampilkan isu mengenai OKU. Yap... paparan mengenai orang kurang upaya. Agak memberikan motivasi pada yang sempurna jasad seperti kita ini. Yalah, mereka yang OKU , yang dipaparkan di Majalah 3 adalah mengenai sekumpulan OKU yang membuka dan memiliki kedai dobi sendiri. Mereka jadi bos dan pekerja. Menjadikan mereka setaraf dengan manusia yang lain. Pada aku sendiri, dalam usia muda dengan ketidakupayaan, mereka telah punya perniagaan sendiri, pendek kata dah punya kerja.

CEREKARAMA pula menampilkan kisah CINTA BUTA - seorang peguam BUTA yang mencintai seorang gadis montel kerana masakan gulai lemak jantung pisang yang sedap. Aku maksudkan disini ialah mengenai seorang PEGUAM yang BUTA! Walaupun itu adalah karektor rekaan, pada aku tidak mustahil kan.

Jadi, jika kalian dan anda semua yang mempunyai prejudis atas kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang berstatus OKU, mohon sedarlah segera. Kita ni manusia, sama sahaja. Tetap HAMBA.

p.s : kalau mereka pun leh suksess dan berjaya, kita yang begini pun tentu boleh juga kan.

Tiada ulasan: