Khamis, Januari 27, 2011

FILEM

 
Tadi aku menontonnya di Astro Star Movies. Ianya tontonan rambang dan tidak ada nawaitu pun. Sekadar mengisi kekosongan masa sebelum melelapkan mata. Mini pertama di tonjolkan seorang watak lelaki yang merancang untuk membunuh diri. Visual : dia memasang pita pelekat pada lubang udara di tingkap, hos dari ekzos ke dalam rumah, lagu klasik, wain, dan keratan akhbar tentang kegagalan filem. Wah! ini permulaan yang menarik! 10 minit pertama yang tidaklah sia-sia. Mata masih mahu melihat apakah nasib seterusnya watak Charlie Berns itu. Pada minit seterusnya dari seorang penerbit filem yang kecundang dan kecewa dengan hidup nampaknya menjadi seorang lelaki yang 'cerdik' menggunakan komunikasi sebagai penerbit yang reti mencari peluang! Ini sebuah filem yang ringkas tapi padat pengisian tentang selok belok belakang tabir manusia yang bekerja dalam industri. Semuanya dipapar dengan jelas dan nyata. KUASA, DUIT, PANGKAT, SKANDAL, MANIPULASI, PENIPUAN, MASA, MASALAH, KOMUNIKASI, KECERDIKKAN, SINIKAL dan semuanya terkandung dalam filem tersebut! Memang ada input dan ia bukan filem kosong. Ia dikategorikan sebagai filem romantik komedi. Yup! memang romatik dan komedi, tapi pada aku ia lebih dari filem kategori itu.

p.s : filem tu terbitan 2008. tapi 2011  ni pertama kali aku tonton. tidak rugi lah aku nak rekomenkan.

Tiada ulasan: