Selasa, Oktober 19, 2010

FEMINIS LELAKI

Sebentar tadi baru sahaja habis melayan sebuah filem berjudul 'Confession Of Shophaholic'. Filem ini aku tidak menontonnya di pawagam. Jadi, tontonan tadi adalah yang pertama kali. Cerita perihal wanita dan kesukaan membeli belah, menggunakan kad kredit secara maksima, cuba mendapatkan kerja yang diimpikan, bertemu dengan lelaki kacak pada satu keadaan yang bukan menjadi rancangan. Seperti biasa filem sebegini mempunyai kesudahan yang gembira!
Kenapa tiba-tiba aku mahu bercerita pasal filem 'feminin' ini? Mudah. Aku percaya dalam setiap diri lelaki punya sifat feminisnya yang asli. Buktinya, aku suka benar cerita ini. Sama hal ketika aku menonton  'The Devil's Wear Prada'. Kedua-dua filem itu berorientasikan fesyen, keteguhan posisi, pembinaan empayar dan jenama sendiri. Pada aku secara tidak langsung ia memangkinkan semangat, membina motivasi dan memberi dorongan cara bagaimana untuk mendapatkan sukses!

 Aku pun nanti terdiri dari golongan yang cuba membikin empayar dan jenama atas nama aku sendiri. Seperti Rebecca Bloomwood, aku pun begitu, merencanakan masa esok dan hadapan aku supaya menjadi salah satu atau sebahagian kelompok yang dikenali dan 'sesuatu' dalam dunia kerjaya. Bukan mudah, tapi aku percaya selagi ada keinginan untuk berubah dan tak putus asa, akan ada pengakhiran yang gembira seperti kedua filem yang aku nyatakan diatas.

P.s : ayah aku dulu suka curi-curi bawak aku tonton wayang di Odeon Kepong.

2 ulasan:

alexayussida berkata...

shopping kadang2 bley jadi treatment tatkala tensi melanda:p

Adieyka Zainal berkata...

sy cuma leh windod shopping aja... kantung poket terlalu punya limitasi... wahahaa!