Isnin, Ogos 30, 2010

RAMADHAN

21 Ramadhan. Masih berbaki 9 hari sebelum semuanya bergembira dan melaram baju raya. Itu budaya popnya. Sentiasa harus berwarna saban tahun. Rasa meriah nya begitu. Aku? 27 tahun masih seperti selalunya, beraya dan bergaya di kota metropolitan ini. Kuala Lumpur bukanlah ruang yang asing. Di lahirkan di sini, membesar di sini. dan segala macam di sini. Aku masih seperti kelazimannya beraya di sini. Di Kuala Lumpur!

Saban tahun juga aku akan mengadap soalan yang sama iaitu : "Raya ni balik mana?", "dah beli tiket balik kampung?" atau "kampung mana?". Sedangkan orang yang bertanya setiap tahun itu adalah orang yang sama. Pertanyaan ulang tayang itu menjadikan aku pun sama menjawab dengan jawapan yang sama.

"K.L", "tak balik. nak jaga KLCC", "kampung? aku mana ada kampung!" atau " balik! aku balik JINJANG!"
Itulah keseronokkan melayan karenah kawan-kawan. Merewang di pasar Ramadhan sebab nak ambil 'bau' puasa. Terawikh di masjid-masjid berlainan sebab nak rasa 'silaturahim yang berbeza' dan jalan-jalan di tempat yang ramai orang membeli baju raya sebab nak rasa dekat ngan 'raya'.

Itulah sinonimnya aku seorang manusia kelahiran Kuala Lumpur ini. Syukur kerana ibu bapa dan kakak masih ada disisi. 



Tiada ulasan: