Rabu, Mei 12, 2010

SIDANG

Diajak bersidang tapi untuk apa?
Kalau bersidang tak mampu memberi kata putus yang harmoni?

Kadangkala bersidang itu perlu untuk memberi hebahan dan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan. Tapi persidangan@ perjumpaan ini bukan tempat untuk tunjuk pandai dan mempamerkan kuasa. Ini kerana akan mengakibatkan kami-kami rasa lebih menyampah dan terpaksa mengetepikan rasa hormat kami.

Ya, makin lama makin berbahang rasanya. Mendiami dan mendalami ilmu di sebuah sekolah seni yang sangat dramatik sifatnya. Polemik bermacam-macam. Mungkin kerana FENG SHUI nama yang tak kena.

Itu lah tafsiran aku tentang tempat yang aku belajar ini. Permualaan penukaran nama dari 3 patah perkataan ke patah patah perkataan yang makin panjang ini, makin berjela pulak masalah-masalah dan rasa tak kena disini sana.

Mungkin kali ini aku akan kurang mengesyorkan pada yang berminat mendalami seni belajar disekolah aku ini. Bukan kerana cikgunya tak bagus, mungkin sistem disini agak makin cerewet dan banyak hal.

Pada aku, kalau kau rasa kau boleh belajar dalam tekanan dan dalam situasi yang menekan, silakan sajalah.

Jika kau seorang yang tak boleh ditekan dan tertekan, jangan sesekali kau belajar disini.

Aku? dalam kategori yang boleh hidup dalam tekanan.

Bukan apa, kau akan berjumpa ngan makhluk yang paling munafik. Rasa yang penuh hipokrasi dan jarang sekali kau jumpe dengan rasa ikhlas dan harmoni disini.

Mungkin Diplomasi tu tak wujud. Di sini semuanya VETO.




p.s : sistem oh sistem. peralihan sistem pada yang dangkal makin huru hara jadinya.

Tiada ulasan: