Ahad, April 25, 2010

TEGAR

Lega sekali bilamana dapat bersama menjadi penonton terhadap aktiviti seni yang semakin berleluasa. Himpunan generasi muda yang masih lagi bersemangat tinggi dalam mengenengahkan karya mereka. Ya, ini yg terbaik atau masih lagi perlu diperbaikkan. Pokoknya ada hasil dan ada sesuatu.

Bukan macam segelintir yang hanya tahu berkokok tapi tidak ada hasil!
Tahniah pada keluarga PARADOKS dan FRINJAN yang sering sahaja ada usaha dalam mengumpulkan warga muda dan warga semangat muda (bagi individu yang dah tua!) dalam satu rencana dan aktiviti yang hebat!

Ya, bagi penagih tegar seni seperti aku ini, sentiasa mahukan candu asli dari pembikin seni!Muga generasi seni asli terus bercambah dengan kualiti!

p.s : terima kasih juga pada yang otai. sampai masanya yang lama perlu memberi peluang dan ruang pada yang baru. zaman ni berubah sentiasa. pemikiran dan minat pun sama turut berubah.

Tiada ulasan: