Jumaat, Februari 05, 2010

MANUSIA

Manusia ini ada macam-macam kumpulan dan taraf sosial. Pada aku, aku lebih suka bergaul dengan semua KECUALI :

  1. hipokrit
  2. munafik
  3. pengipas punggung
  4. bebal tapi berlagak pandai
Ya. Kadang-kadang 4 kategori manusia di atas itu bisa bikin aku jadi split personaliti jikalau kesabaran yang aku ada ini dicarik-carik dan menjadi senipis tissu.

Sungguh! aku lebih suka berkawan dengan perogol, perompak, penyamun, penagih dadah sebab mereka betul-betul jujur dan tunjukkan sifat sebenar diri mereka tanpa selindung. daripada berkawan dengan manusia hipokrit berlagak pandai tapi bebal, pangkat besar tapi bodoh!

Bukan sebab apa, penat nak menanggung dosa sebab aku tak redha dengan apa yang terjadi dari mereka untuk aku. Bikin dosa kering aja! Mentelahan pula, kena berhadapan tukang ajar yang tak reti mengajar tu payah. Asyik mahu berlagak pandai tapi bebal. Kadangkala bertukar menjadi veto dan diktator bikin aku selalu mendoakan muga cepat lah berambus dari kosmologi alam ini.

Mungkin susah doa aku tu nak dimakbulkan. Tetapi doa itu untuk kebaikan. Ya, aku doakan untuk kebaikan aku, kawan-kawan dan sejagat. Muga kesabaran ini terus kekal.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga doa trmakbul!

Tanpa Nama berkata...

reformasi!

Aloy Paradoks berkata...

tak lama lagi kot beb...