Sabtu, Disember 05, 2009

DOUBLE MEANING

Malam kelmarin. Pulang dari penat menjadi ahli SHARKS dari Puerto Rico. Oh yaa, menjadi ketua kumpulan samseng muda bukan mudah. Kena pandai membimbing dan berfikir diluar kotak disamping boleh beraksi seperti dalam filem 'Stomp The Yard'. Cuma skill berjalan dengan siku saja belum tamat aku usahakan. Yelah, kalau aku berjalan gunakan siku, rugila selipar hitam CAREFOUR yang aku beli walau tak boleh challenge selipar TAN SENG.

Biasalah, kekurangan vitamin C mungkin faktor kenapa aku tak sekuat dan secergas iklan MILO. Maka singgahlah aku di kedai serbaneka 24 jam tujuh sebelas. Aku capai air mangga bercampur aloe vera sekotak dan bawa ke kaunter.

Wah! Ada dua gadis bertugas malam ni. Emm goood! aku bayar dan tunggu baki. Sementara itu, sorang dari mereka, cuba tuk beramah mesra tanda mereka ini mesar pelanggan atau bosan.

"Abang tak nak pisang bang?"
"huh?"
"*ketawa kecil!"

yaa! memang ada pisang yang dijual diatas meja kaunter. Aku rasa muka aku takda pulak menunjukkan imej beruk atau kemarok dan makan pisang. sungguh, muka aku menjadi merah. sama merah dengan seragam mereka!

p.s: di sexual harrasment kah aku?