Khamis, November 19, 2009

KALUT SONGLAP KOT

Aku ni bukan lah anti KERAjaan, atau pun puak berhaluan kiri. Tapi seorang rakyat Malaysia yang terlalu prihatin walau tak mengundi. Memang sengaja pun. Ni bukan soal pilihan, ni pasal 'permainan' puak' yang suka menyelit adengan kotor demi untuk memerintah.

Ok.

Berbalik pada perbentangan budget 2010, aku sangat menunggu indah khabar dari rupakah, akan pembaik pulih dan 'upgrade' jalur leba internet ke 10mbps - 1gbps.

Kita tunggu sajalah yaa.

Tapi, pada yang menggunakan internet tuk jaringan komunikasi, kerja, dan sosial berapakah kos sebenar bagi seluruh mesin yang anda gunakan dan ianya dalam keadaan ti top?

Mungkin tak cecah RM5K satu unit. *MUNGKIN

tapi bagaimana kalau ada komputer yang mencecah hampir RM12 bagi fungsi yang lebih kurang sama bagai golongan tegar 'HACKERS', penggemar online 'GAMES' dan cerdik pandai PC?

Mungkin agak janggal bukan? Bayangkan RM12K untuk satu pc yang hanya digunakan untuk bekerja (guna ke?) tak sampai 8 jam satu hari (tolak hujung minggu, gebang kat kantin, cuti tulang, m.c, emergency leave, ponteng dan malas).

Bukan kah AMAT rugi dan membazir sekali?

oh yaa... ni bukan tuduhan kosong. dari sumber yang dikenal pasti. lihat sini.

Bukan apa, aku masih lagi ada masalah dengan kemiskinan segelintir rakyat ni. Dari membazir yang bukan-bukan, pi la tolong depa yang memerlukan. Kasi duit tu baiki bumbung bocor ke, dinding terkopak ke, masalah perparitan dan kumbahan ke bukan kah bagus?

Ni asyik dok pulun kroni, rasuah, duit kopi buat apa? Bikin penuh Neraka saja.

p.s :- sampai bila program 'BERSAMA MU' nak tamat? bukan pasal program tu tak bagus, cuma masalah tu tak pernah nak diselesaikan pihak berwajib. Mujur ada pihak swasta nak hulur pertolongan. Nak harapkan hangpa, tengok tv pun daak!