Selasa, November 03, 2009

CERTOT: DELETE

Petang dingin, selepas hujan. Perbualan di kafetaria. Tidak ada sebarang bunyi yang indah-indah. Perbualan ini diserikan dengan riuh rendah kaki bola sepak bukan tempatan.

Dia : nak pinjam kamera boleh?

Kamu : tak.

Dia : nape.

Kamu : takut.

Dia : takut ape?

Kamu : takut awak amik gambo awak banyak-banyak...

Dia : kenapa?

Kamu : nanti gambo awak penuh dalam memory SD 4GIG saya.

Dia : kedekut!

Kamu : bukan...

Dia : dah tu?

Kamu : saya tak mo delete gambo-gambo awak tu.

Dia : nape?

Kamu : Saya takde laptop dan pc, saya taknak delete gambo tu.."

Dia : delete je la gambo tu lepas saya gune...

Kamu : takmo juga!

Dia : nape?

Kamu : saya tak mo delete gambo orang yang saya chentaa!"

Dia : ....

Tiba-tiba situasi riuh rendah bertukar menjadi video klip lagu cinta hindustan. Penuh dengan MISS-EN-SCENE yang indah-indah. Ada rama-rama warna warni berterbangan dan kostum pelbagai kaler.

2 ulasan:

Aloy Paradoks berkata...

wah! giler ada kebun dalam hati...

Adieyka Zainal berkata...

pengaruh farmville dari fesbuuk!