Agaknya kalau kalian bosan bersembang dan menyembang dengan rakan kongsi yang sama, jom kita sembang di sana. Bukan sahaja bersembang gebang kita-kita sahaja, malah mereka yang 'bersembang' lagi seronok tuk kita hayati dan dengar.

PROGRAM : SEMBANG TEPI JALAN oleh Meor
Aktiviti : Pelancaran Buku + Muzik + Puisi
Pada : Sat 24 Oct, 3pm to 6pm
- Dipersembahkan oleh Oxygen Media
- Harga kemasukan RM25 dengan pembelian senaskah buku
Persembahan muzik dan puisi daripada:
- Meor
- Rahmat Harun
- Azmyl Yunor
- Nik
- Pyanhabib
- Faisal Mustaffa
- Daniel Gurnesh
Daripada Meor: “Sembang Tepi Jalan (STJ) adalah cerita-cerita dalam bentuk luahan hati yang ditulis tanpa pernah dirancang atau disusun. Ianya apa yang terlintas dalam otak aku. Kadang-kadang isunya menarik dan kadang-kadang tidak. Asas atau konsepnya santai, namun membawakan maksud yang serius. Isu-isunya tidak kompleks. Tetapi itulah aku tulis selalu. Isunya mudah, pasal hidup, pasal mati, pasal orang miskin, pasal orang kaya, pasal orang gila, pasal Tuhan; mengikut persepsi aku kerana aku pencerita. Kefahamannya bergantung pada tahap pemahaman pembaca. Aku suka kalau pembaca suka membaca dan berfikir. Ianya bagus untuk proses kematangan.”
Lebih lanjut? Klik sini dan sini. Terima kasih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan