Selasa, September 22, 2009

CERTOT: HATI SEBUAH BADGES

Hatinya terpotong 2. Satu pada tertinggal dalam abdomen dirinya. Satu lagi dibikin badges dan dilekatkan pada kebaya putih yang dijual di baazar ramadhan. Kebaya itu digantung dan dipamer indah. Seindah lukisan mona lisa. Secantik lukisan van goh.

Tuan punya hati?

Masih menunggu pembeli kebaya putih yang sudi memakai kebaya dan hatinya sempena raya ini.

Bukan sengaja dia mahu menjadikan hatinya sebagai aksesori untuk kebaya putih itu. Cuma mencuba kaedah yang dipratikkan dalam filem 'Musang Berjanggut'. Sebuah uncang yang dicampurkan semua rempah ratus dan barang siapa yang sanggup mengasingkannya, orang itu yang akan dijadikan isteri.

Itu dalam filem 'Musang Berjanggut'. Tapi terfikir juga logik akal si pemilik hati. Bagaimana kalau yang mengasingkan itu Mak pada anak-anak dara yang berlagak cantik dan berakal pendek? Adakah P.Ramlee akan berkahwin dengan mak mereka?

Itu pasal dia memotong hatinya dan dilekatkan dikebaya putih. Kebaya yang paling halus buatannya. Tetapi ramai yang tak mau membeli kerana hatinya itu. Mereka tak berkenan tuk dijadikan aksesori.

Maka menanti si pemilik hati menjumpai pembeli.

Satu hari ada pembeli si kebaya putih. Puas mencuba dan membelek, dia membayar. Sekaligus dengan hati yang ditampal.

"tak mengapakah, awak memakai dengan hati ini" tanya pemilik kebaya.
"Oh! tak tak apa. saya rasa hati ini cute dengan baju saya. boleh in!" jawab pembeli.
"Awak tahu siapa pemilik hati ini" tanya si pemilik kebaya lagi.
"Tahu... Awak." jawab si pembeli ringkas.
'Wah! macam mana awak tahu?"
"Ni ada nama kat sini, dan dada awak berdarah"
'Oh!"

Si pemilik sudah menjumpai orang yang mahu menjadi pemilik hatinya. Dia tidak lagi mahu menjual kebaya lagi.

Tiada ulasan: