Isnin, Julai 13, 2009

PEGAWAI GRED A

Bingkas bangun ke tempat kerja.
Lewat atau cepat bukan perkara utama.
Selaku pegawai Gred A di jabatan kerajaan
Apa yang menjadi pokok perseoalan?

Di sana dia memerhati segala.
kononya hebat mengatasi problem
Tapi sayang semuanya diserah buta-buta sahaja
Kerana dia pegawai Gred A semata-mata

Buat apa nak di buat kerja
kalau ada orang bawahan mengikut kata
Peduli apa orang nak kata
Kau buat , kalau tak aku komplen kerja.

Hari itu, banyak pegawai bawahan yang terkena
Semua kerja diserah begitu sahaja
Pokoknya ku mahu siap semua
Jangan kau bantah, kau tu siapa?

Balik ke rumah sebelum masa
biarkan sahaja kerja berlambak bertimpa-timpa.
Ah! suruh sahaja pegawai bawahan mengurus segala
Cukup bulan gaji ku terima walau itu gaji buta, aku peduli hapa!

Tiada ulasan: