Mendiami rumah tinggi hampir 5-6 tahun ini banyak betul insiden dan kejadian yang berlaku. Sama seperti yang ditonton dalam tv mahupun pawagam. Ada macam-macam genre. Dari tontonan umum ke 18 pl. Lengkap. Mahu channel afc? Turun sahaja ditingkat bawah, ada yang menjual sarapan hingga ke makananan lewat malam.
Mahu rancangan sukan? Ada sahaja yang bermain badminton, sepak raga dan bola. Suka siri C.S.I? tunggu sahaja secara tiba-tiba, ada sahaja yang terjun dari tingkat yang paling tinggi. Mahukan aksi seperti filem 'Young And Dangerous'? Pun ada di seberang sana.
Pada kaum ibu yang suka tonton rancangan' wanita hari ini' atau 'apa-apa aje', marilah turun di padang kita menari poco-poco!
Makin lama, makin pelbagai dan pelmacam. Bilamana aku melihat ada auntie (chinese) yang turut berpoco-poco bersama makcik-makcik. Siap dengan lagu cina lagi! Baguss! Oh yaa, tak lupa pada makcik india yang bersama memerhatikan ditepi sambil melenggok-lenggokan kepala!
Terima Kasih yaa TUHAN atas keamanan dan keharmonian kami.

1 ulasan:
satu semangat yang cukup sihat!
Catat Ulasan