Sabtu, April 04, 2009

RINGGIT

Dari kepala hingga ke kaki, semuanya memerlukan duit. Dari hidup hingga ke mati. Duit-duit-duit!

Nak jadikan ceritera, maka pelajar-pelajar diperlukan dalam satu perjumpaan yang berlangsung tadi jam 2.30pm. Tapi biasalah, adat melayu sukar dikikis dek kerana ketuanan Melayu yang menebal, maka perjumpaan dimulakan jam 3 lebih... Setengah jam lewat!

Pelajar duduk dikerusi dewan hampir setengah jam kiam. Bila sepatah dua kata dimulakan, pihak pengurusan meminta pelajar-pelajar ini melakukan pendaftaran dan penukaran surat tawaran pinjaman. Apa kejadahnya!!!

Kenapa tak minta kami-kami ini berbuat begitu 45 minit yang lepas? Apa nak jadi dengan pihak pengurusan kolej yang makin lembap sistemnya?

Kalau aku letakkan seekor kura-kura dengan kumpulan pengurusan ini membuat kerja, aku percaya yang kura-kura itu akan menang dan menjadi juara. Itu hanya retorik aku nak membayangkan kelembapan mereka-mereka ini.

Nampaknya sukar untuk kolej ini berdiri dan menjadi kolej yang berprestij selagi kumpulan-kumpulan lembap dan bangang ini makan gaji buta disini.

Itu hal hari ini dan tadi.

Kisah semalam...

Notis mengenai pinjaman diletak diceruk bangunan yang jarang sekali pelajar berada dan mahu lalu disitu melainkan ada urusan rasmi. Maka aku antara kelompok yang lewat mendapat khabar. Mujur ada teman yang mahu menyampaikan.

Maka bergegaslah aku dan kami-kami ke pejabat yang berkenaan memeriksa nama dipapan noti dan kemudian ke kaunter untuk berurusan.

Seperti biasa, aku gemar memberi salam pada orang di dalam. Salam dijawab dan muncul lah seorang pekerja yang seakan-akan takut-takut untuk menghampiri kaunter. Apa kejadahnya ni? Mau kerja ka tak mau? Apa ingat kami ni monster!!!? Jadi aku dan kawan menanyakan perihal surat tawaran. Jawapan hampa. Surat takda. Hahahhahaa!!! Lucu sungguh mereka ini. Suka berdrama! Pelik, nama ada dipapan notis, surat dan borang untuk aku takda? Apa kes?
Mungkin ada dua kemungkinan. Mereka yang menguruskan ini bangang atau tak laju buat kerja.

Hari ini...
Sama aja seperti semalam. Ayat yang popular dari mereka yang menguruskan ialah...
"Borang takda? Patut awak ambil semalam, kelmarin sekali ngan surat tawaran...bla bla bla"

Jawapan yang patut : Kepala hotak korang! Kami pi kaunter tanya hangpa kata surat tak siap lah, borang dah habis lah... kami ni lewat lah! Bongok tul! YANG AKU PELIK, camana borang dah habis? nama aku ada, tapi borang takda!!!! Korang pandai main silap mata la!

Seperti kebiasaana aku, aku taklah mengharapkan sangat, sebab aku bukan mahu untuk menajdi peminta sedekah. Terima kasih sebab memberi kami kata-kata manis untuk kami dengar. Kami akan tunggu dan tuntut apa yang dikatakan hak kami.

Selingan...

Pada mereka yang lembap. jangan mohon kerja kat kerajaan. cukuplah kerajaan kita ni penuh dengan orang-orang lembap.

3 ulasan:

alieya akasha azman berkata...

memang pihak pgurusan kolej u tu lembab dan sangat lembab. sejak aku study kat situ lagi dah lembab. pendek kata pemimpin yg kat situ yg lembab. nasib lah aku tak dilahirkan untuk jadi lembab.

rose berkata...

mana tak lembap, masuk keje pukoi 9. pukol 4.30 dah berebut2 punch card balik. pagi sampai petang dok nyembang blom masuk pegi minum dkt 10 kali sehari kat kantin.

last2 org swasta mcm aku ni le kena buat keje org gomen. sebab dah otak derang semua lembap, so, gomen lantik consultant luar buat keje.

tu sebab aku balik lewat. dah pukol 4.30 petang baru call aku nak itu..nak ini...nak pagi esok pukol 8.00. mana tak sampai rumah pukol 3 pagi...sebabnyeee....diaorang2 ni lemmmbaaapp

DuRiaN bAsi berkata...

hahaha...."adika tak boleh marah. tapi jgn bagi dia meletup. sekali dia marah boleh membunuh tau" kata2 pujangga