Seorang teman bakal menamatkan zaman bujang 29hb ini. seorang rakan dari kecil hingga kini. Seperti biasanya, aku akan di soal pelbagai pertanyaan untuk menuntut nasihat. aku bukanlah sesiapa. aku hanyalah rakannya yang biasa. seorang rakan yang banyak mengenal sifat manusia dari yang mulia hingga ke hina.
Pada awal perbualan dikedai mamak, pelmacam kenangan silam yang dipanggil semula dimemori otak kami. Kenangan zaman belum akil baligh hingga ke zaman cintan cintun. Lupakan kisah itu. Cuma yang menarik adalah perbualan teman aku itu pada persoalan rumahtangga dan cahaya mata.
Ya. memang aku bujang lagi untuk beberapa tahun lepas dan akan datang ini. Siapa aku untuk bercakap pasal rumahtangga? layakkah?
Mungkin pergaulan sekeliling aku berlingkar pada kebanyakkan yang sudah berumahtangga. Acapkali juga dijemput kawan-kawan menjadi pengapit dan rombongan pengantin. Selalu juga mencuri masa berbual dan berkongsi ilmu rumahtangga pada abang-abang dan pakcik-pakcik yang ada disekeliling.
Jadi aku bertanya pada rakan aku ini.
Jika diberi pilihan, mana yang kamu pilih?

- duit
- keluarga
Bakal isterinya seorang perunding jenama disebuah syarikat swasta. Mereka bertemu kerana perniagaan.
Bagus. Sepanjang pengenalan, mereka amat serasi sebagai pasangan.
Kawan aku tanya mengapa soalan itu?
Aku jawab lagi . Alasan popular untuk antara 2 jawapan diatas:
- duit - "Duit penting wooo! Takda duit, dapur tak berasap wooo! Camana nak bayar itu ini begitu begini, bla bla bla bla....
- keluarga - "saya sayang keharmonian keluarga saya. buat apa nak cari duit banyak-banyak, kerja dari siang ke malam. tak guna juga kalau saya ada duit banyak tapi anak bini saya terabai..."
Ewah! Aku lupa kawan aku ini ahli perniagaan, kerana itu dia memerlukan peratusan, kiraan matematik untuk risiko atas pemilihannya.
Emm...
Aku tidak menjawab pada persoalan aku itu dengan jawapan yang nyata. Aku menyatakan tentang pilihan yang ada cuma menuntut kepintaran dan pengorbanan. Jangan memperhambakan diri pada keadaan. Jangan berkeluarga jika tidak tahu untuk mendamaikan.
Dia terdiam. Mungkin cuba untuk memahami jawapan dari manusia yang bukan dari golongan dia dan mereka.
Semasa perbualan kami ke penamat dan kami berjabat tangan sebelum berpisah dan bersua semula di majlis bersejarah dia orang. aku menyampaiakan sepatah dua kata yang aku sendiri akan pegang dan guna untuk masa akan datang. Yelah, biar aku bercakap untu diri aku sama dan bukan untuk orang lain semata-mata.
" Congratulation for ur wedding this coming sunday. but one thing that i want u guys to stick inside ur mind n ur whole life is... jangan beranak kalau belum sedia nak jadi mak bapak... jika kau orang ditakdirkan untuk menjadi mak bapak sebelum masanya, itu adalah rezeki dari Tuhan. So berilah ruang untuk diri korang melihat pembesaran anak kau orang dari kau orang sibuk dengan bisnes kau orang. Percayalah, kau orang akan menjadi makhluk tuhan yang paling rugi jika mengabaikan 'hadiah' yang tuhan beri..."
p.s : Duit-duit juga. kerja-kerja juga. tapi agak-agaklah. pada yang bakal kahwin. Tahniah. pada yang sudah kahwin. semoga berjaya! dan pada yang sudah punya keluarga. Jangan jadi isteri-suami dan mak-bapak yang bangang dan bingai. Semoga korang kembali ke landasan yang sebenar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan