Rabu, Mac 11, 2009

BELASUNGKAWA

Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Haji Anuar Haji Abdul Wahab (23 Dis 1945 - 10 Mac 2009), Presiden dan Guru Utama PSSGFM yang telah pulang ke rahmatullah petang tadi (10 Mac 2009)

Allahyarham merupakan seorang tokoh dunia silat tanah air yang telah berjaya meletakkan standard yang terbaik terhadap pengajaran dan pembelajaran seni silat melayu ke taraf antarabangsa.

Terus terang dinyatakan disini ialah, aku tidak berkesempatan mengenali Allahyarham secara karib. Cuma mengenali nama dan ketokohannya dari mulut cikgu-cikgu silat aku, sebelum mengenalinya di kolej aku kini. Aku mengenali namanya sewaktu bersekolah menengah, kerana dunia sekolah menengah, aku banyak melibatkan diri dengan aktiviti bersilat. Aku agak taksub dengan dunia persilatan kerana pada waktu itu, aku amat menyukai Eman Manan yang juga menjadi salah satu faktor aku berkecimpung dunia silat dan membawa aku masuk belajar ke ASK. Pada aku, Eman Manan merupakan pelakon yang bagus yang mahir bersilat.



Buku di bawah ini merupakan buku yang selalu aku belek. Yelah, zaman tu kat sekolah, belum ada judul buku-buku silat yang lain. Buku ni aja yang ada di perpustakaan.




Masa tu, aku cuma kenal nama dan hasil penulisannya sahaja. Semasa masuk ke ASK, baru lah dapat mengenali orangya. Orangnya memang ringkas dan mudah ramah. Tutur kata sentiasa padat. Semangatnya sentiasa mahu untuk memajukan dunia persilatan. Memang Allahyarham seorang tokoh dan 'pendekar-pendekar' yang berguru dengannya atau yang rapat dan mengenalinya, begitu rasa kehilangan.

Sama hal dengan aku dan kawan-kawan disini. Aku merupakan orang pertama yang menerima berita ini. Berita yang aku terima, sangat berat untuk aku hebahkan pada kawan-kawan Tari yang giat berlatih untuk muzikal ibu zain. Mujur en Jefri ada bersama petang tadi. Maka dialah menjadi penyampai berita yang tidak enak ini.

Moga Allahrham Tuan Haji Anuar Abd Wahab di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. Amin!


" Yang pekak membakar meriam,
Yang kurap memikul buluh,
Yang buta menghembus lesung,
Yang tepuk menghalau ayam."

Tiada ulasan: