Hari ini, kuala lumpur kalut lagi. Kalut dek sikap manusia yang punya kuasa dan senjata. Kalut dek sikap manusia yang emo dalam melaksana. Dulu-dulu, kita sibuk berkempen 'budi bahasa budaya kita' tak pun kempen dan lagu 'gunakanlah bahasa kebangsaan kita' tapi la ni tidak lagi. La ni dah global. Jadi malu la kot kalau guna bahasa malaysia. Semua kena inggeriskan. Bila dah di inggeriskan,budak-budak yang tak mantap pelajaran b.i nya bertambah lah sesak otak. Subjek b.i dok kontang kanting lagi, depa dah bubuh tuk sains dan matematik.
Padanla pun 3 subjek tu, amat kurang diminati oleh pelajar kita yang 'tebal' melayunya. Hari ni selepas 3 mac 1967, keranda 152 diusung kembali dan disambut dengan tembakan gas pemedih mata dan kekerasan yang tidak perlu sebenarnya.
Apakah salah sangat jika ada yang membantah PPSMI?
Mana hilangnya kempen 'gunakanlah bahasa kebangsaan kita?
Susah betul nak menyelamatkan bahasa kita.
Pada FRU dan polis-polis yang 'berkasar' dengan pejuang bahasa kita hari ini, percayalah, sama ada anda juga dalam delima antara wang gaji tuk sara keluarga anda - sebab anda sayangkan kerja anda - atau anda memang suka 'berkasar', pastikan anak anda tu mahu untuk belajar bahasa inggeris tu molek-molek! Tak la terasa sangat kan kalau anda melayan pejuang bahasa yang memartabatkan bahasa melayu disamping mengekalkan cara sepertimana kita belajar dulu-matematik dan sains dalam bahasa melayu seperti hari ini.

Pada yang berkasar dan beremosi, semaklah rukun negara ke lima. Pada yang lupa apa itu rukun negara, belek lah buku latihan anak anda atau anak jiran anda. Takkan lah lupa kan? Masa sekolah sibuk dan berikrar. Ke hanya dibibir semata-mata?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan