Terus terang aku katakan dan mengaku, aku antara mereka yang akan membeli dvd cetak rompak. Tapi aku memilih juga. Aku hanya akan membeli judul-judul filem yang amat sukar sekali didapati di kedai dvd yang 'halal'. Aku juga akan membeli filem-filem luar yang aku kira amat menarik dan perlu ada untuk aku ulang tayang lagi. TETAPI, aku tidak membeli filem buatan Malaysia secara cetak rompak. Aku juga akan pergi membeli tiket jika filem Malaysia ini mampu mengorat aku dengan jayanya. Lagi pun percayalah, filem Malaysia akan juga ditayangkan di Tv percuma atau berbayar!
Memandangkan sekarang ni satu Malaysia dan satu dunia dalam mood sedih, bengang, geram, tak puas hati dek kerana peperangan di sana. Masing-masing berpakat BOIKOT barang tu, boikot barang ni! Yaa.. aku memBOIKOTnya melalui filem! Sebabnya, aku beli filem-filem AMERIKA dan LUAR secara cetak rompak!
Lagi pula, aku pun berperasaan was-was pada pegawai-pegawai yang sibuk membanteras cetak rompak itu. Bagus mereka membanteras. Tapi, pada orang-orang macam aku ni, kadang-kadang agak kacau jiwa juga. PERSOALAN aku di sini ialah, apa yang dibuat dengan hasil rampasan. Aku percaya yang kita ni bukan MAKSUM dan bukan MALAIKAT. Cuba bayangkan, satu dunia ni melihat filem. Majoritia ada pemain DVD kat rumah, lepas tu ada pulak judul best-best depan mata kau. Dan kau adalah pegawai rampasan barang cetak rompak. Apa yang kau buat?
a. rampas dan musnah
b. rampas, rancang dan rembat
c. rancang dan pakat dgn kawan-kawan
d. kite pegawai weh! mana boleh songlap!
Lagipun dalam situasi Malaysia la ni pun, PBT kebanyakkannya pun dok merapu dan kalut. Susah nak percaya. Maka line 'rules a make to break' adalah tepat sekali. Macam mana nak ikut law, kalu manusia yang menguruskan law tu bangang dan kalut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan