Jumaat, Februari 20, 2009

ALASAN

Sila ke link ini http://isuhangat.blogspot.com/2009/02/plkn-antara-dua-darjat.html

Kebangangan dan kekalutan segelintir ahli kera jaan ataupun mangkuk mangkuk yang berjawatan besar ini terserlah bilamana membenarkan dan mengiyakan bahawasanya si pelakon tidak perlu menghadirkan diri atas alasan MEMAHAMI kerana si pelakon terikat dengan kontrak (konon) dan karier berlakon.

Kes Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang dinyatakan di blog atas, pada aku lebih sangat menepati dan sepatutnya kes beliau juga perlu ditimbang dan diambil kira. Mungkin sebab Ahmad Hafizal bukan PELAKON atau mungkin sebab beliau LELAKI, maka si mangkuk ayun itu tak membenarkan beliau untuk tidak menghadirkan diri ke latihan PLKN.

Apa kes?

Dari sudut kemanusiaan, situasi Ahmad Hafizal (dan sekalian yang mempunya masalah yang sama) lebih relevan. Akhirya Ahamd Hafizal memilih untuk dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda RM 600 (kerana alasan mengingkari notis latihan PLKN). Mungkin dia pun bukan sengaja mahu untuk tidak menghadirkan diri, ini kerana dia dari keluarga susah, perlu menyara ibu dan adik beradik.

Apa ke bangang manusia bangang ni?

Si pelakon tu jika nak dibandingkan dengan kes Ahmad Hafizal, aku rasa bagai langit dan bumi. Nampak sangat ada perbezaan taraf. Ye lah, mungkin si pelakon tu PEREMPUAN CANTIK, banyak duit so orang-orang tertentu dan bangang ni dengan mudahnya menukarkan peraturan yang juga di buat oleh manusia demi kepentingan diri.

Ish! bosan tul ada perbezaan taraf cenggini.

Mungkin kesimpulan bangang disini ialah : jika anda tidak mahu menghadirkan diri ke latihan PLKN, katakan aja anda seorang pelakon yang padat jadualnya. Oh! kalau anda perempuan cantik, mungkin satu bonus!

Pada si mangkuk ayun dan yang mendakwa Ahmad Hafizal atau sesiapa yang berkenaan (yang mempunyai kes yang sama atau sepertinya) , TOLONGlah belajar ilmu kemanusiaan dan jadilah manusia yang berperasaan waras, berfikirlah dengan akal yang pintar. KESIAN lah kat OTAK dan PERASAAN yang kau orang ada (kalau adalah!)

Kurangkan peratusan manusia bangang dan kalut yang ada kat MALAYSIA ni. Tinggi sangat peratusannya!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adika check email adika... wan mintak tolong adika email alamat cikgu metod kat wan.... tq
-wan

A berkata...

:)

Che Kem berkata...

marah sangat tuu adika... saya rasa saya kenal si bangang kerja kerajaan tuuu..
jangan marah sangat masa muda ni... nanti cepet nampak tuee

Adieyka Zainal berkata...

Ahmad Azrin: hehehe...
Che kem : ish.. mana ada marah daaa.. tegas dan semangat aje.. hehehe... tq yaa sudi singgah kat blog 'hijau' saya ni. singgah le lagi.