Sabtu, Januari 03, 2009

pertama kali

24 dis lalu itulah kali pertama aku menjakun kan diri menaiki 'burung besi'. Dapat juga menengok pramugari yang manis-manis seperti drama 'awan dania'. Tak kisahlah, walaupun tambangnya murah dengan berslogan kan 'semua orang boleh terbang', aku tetap teruja!

Perjalanan dalam 70 minit dari lcct ke padang, indonesia.

Maka di kampung kurao, nanggalo padang, indonesia. Aku bertepuk gelembong dan ber'hip-tah-tih' dengan anak jati minang. Pengalaman yang mengasyikkan tetapi damn! Hari kedua aku jatuh sakit kena demam beralih angin kot!

Jauh beza dari hiruk pikuk kota metropolitan yang aku diami selama ini. Di Kurao aku kenal akan nasi padangnya, adat budayanya, falsafahnya, jati dirinya, minangnya dan yang penting randainya.

Ya! Randai.

Kerana randai aku ke mari. Tak tau apa tu randai? apa susah, google kan ada. Anggap saja aku berguru dan bertapa seketika.

Kamu orang kenal dengan 'ojek-ojek' dan 'angkut-angkut'? Aku mengenalinya di sini. Nanti aku contengkan lagi.

Tiada ulasan: