Rabu, Januari 07, 2009

DALAM LIFT

Kejadian malam tadi jam 10.45 minit malam. Seorang diri menanti lift ke tingkat 15. Tiba-tiba lift berhenti di tingkat 8. Seorang makcik bercermin mata dan bertudung biru masuk. Aku tergamam. Terkesima. Bukan kerana dia mahu untuk mengoda aku yang tak kacak tetapi aku masih sedar siapa diri aku ini. Apa yang kau bayangkan bilamana seorang makcik pertengahan usia memegang sebuah gitar kapok?

Pelik bukan?

Adakah makcik itu baru sahaja habis melepakkan diri sambil mengorengkan beberapa buah lagu rock atau jiwang?

Pelik sungguh keadaan itu malam tadi. Sangat!

1 ulasan:

HadSha berkata...

makcik tu gi carik anak bujang die yang dah lari lintang pukang dan tinggalkan gitar capuk itu...


:)