Selasa, Disember 09, 2008

MESTI PERNAH BACA KAN?

Masa sekolah dulu, selain padang dan kantin, tempat lepak yang paling best adalah perpustakaan. Sebabnya, perpustakaan antara bilik yang ber air-cond. Masa lepak-lepak tu, kalau taknak kena halau, so ambillah buku atau suratkhabar buat- buat baca - cover line. Jadi terserempaklah aku dengn bahan bacaan ini...

Tapi yang aku baca dalam terjemahan bahasa Melayu lah. Masa tu masa sekolah rendah. Banyak jugak sirinya yang berjaya aku baca walau terpaksa berebut dengan budak-budak lain. Tak tau kenapa buku tu popolar sangat membawa ke zaman sekolah menengah.

Paling terkesan pada aku ialah siri 'Famous Five' oleh Enid Blyton (awalnya memang aku sangka Blyton ni lelaki, rupa-rupanya perempuan - tak sangka orang perempuan pun terer bab penyiasatan nih!) Dari 'Famous Five' , aku kenal kumpulan 'Hardy Boys' (aku rasa tag team wrestling - Hardy Boyz tu pun influence dari citer ni kot, mungkin masa diorang kecik-kecik diorang minat baca siri Hardy Boys nih!) dan Nancy Drew. Semuanya pasal penyiasatan dan misteri.

Aku percaya, kamu dan kamu pun pernah membacanya kan? Kalau tak pernah mungkin korang tak tau mana letaknya perpustakaan di sekolah korang atau korang 'hilang' alam persekolahan.

By the way, 'Famous Five' ni jugak pernah dijadikan siri tv. Dulu kalau tak silap ditayangkan di RTM 2 (kot!). Begitu juga dengan Nancy Drew yang dijadikan filem, lakonan Emma Roberts (ada hubungan keluarga dengan Julia Roberts)


Sememangnya, kenangan tu sesuatu yang indah untuk diceritakan...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pernah baca nacy drew

kN berkata...

dulu aku kipas-susah-mati bende alah nie tue...

kN berkata...

oh ye, nak tanye siapakah wani ardy? x pnh dgr pun lagu di sblum nie... best plak bile lagu dier kat blog nie...

rose berkata...

haha...aku peminat citer derang ni jugak. lagi satu siri penyiasatan salma...

Adieyka Zainal berkata...

@coffe holic : yaa.. semua orang pun.. best kan? hua hua hua!

@kN : emm... saya kenal wani ardy pun dari blog juga. beliau seorang lecturer, penyanyi solo yang bergitar. bukan mainstream singer, banyak perform di event2 yang indie (kalau x silap), di cafe2 dan sewaktu dengannya.. berminat? kunjungi www.senikatawati.blogspot.com

@rose : sudah tentu!