Sabtu, November 01, 2008

MEMAKNAKAN KEHIDUPAN

Kadang-kadang kita ni terleka untuk memberi makna dan jiwa dalam kehidupan. Entahlah, aku sentiasa merasakan demikian. Tidak tahu pula adakah ia perasaan yang mengada-ngada atau aku bersifat negatif dalam merencanakan kehidupan aku.

Apa yang membuatkan aku terfikir ialah bilamana aku menilai kehidupan aku ini. Adakah dengan menyibukkan diri, keluar malam dan lepak di mamak, dengan tidur jaga yang tak menentu, belanja juga adakala terseliuh atau hanya mengikut saja pada keadaan semasa.

Apa makna yang aku cari sebenarnya? Adakah keseronokkan dalam kehidupan yang dikelilingi oleh kawan-kawan? Adakah makna itu bila kita faham bagaimana untuk meneruskan hidup dengan cara yang kemas? Atau kehidupan yang bermakna ialah jiwa kita bebas melakar dan mekar?

Ya.

Kehidupan tanpa cabaran itu adalah sesuatu yang kurang rempah ratusnya kan? Mungkin kehidupan akan bermakna bila cabaran yang muncul dalam setiap apa yang kita lakukan itu berjaya kita atasi. Mungkin itu yang menjadikan kehidupan itu bermakna.

Aku ingin memberi makna pada kehidupan aku.

Makna yang akan aku kongsi pada semua orang yang aku kasih. Yang paling utama patuh dan sujud pada YANG ESA!



Tiada ulasan: