Jangan bikin aku rimas!
Ni bukan amaran, ini ingatan. Ingatan pada manusia yang leka hatinya dan buta akalnya...
Aku?
Aku bukanlah makhluk tuhan yang maksum. Aku sama seperti kamu dan kamu. Kesabaran yang ada ini bila-bila saja mampu meletup dan boleh sahaja Syaitan bertepuk tangan bilamana amarah aku sampai ke puncaknya.
Kenapa?
Sebab orang sekeliling aku mula memperlihatkan sikap untuk menekan kerana aku yang malas untuk mahu bersuara.
Ya! Aku memang tak suka bersuara. Ia terlalu sia-sia. Dah dewasakan? Dah besar kan? Aku tidak perlu lagi menegur kamu dan kamu.
Pada manusia yang itu : Jangan terlalu cerewet. Jangan musnahkan kitaran harmoni yang wujud dalam kediaman kami. Tinggalkanlah kalau suka dan selesa. Jika tidak dan curiga, silalah pergi. Pergi jauh-jauh. Aku tak perlukan kalian yang tidak mahu untuk percaya. Kediaman ini tidak harmoni lagi. Tidak harmoni kerana kalian yang terlalu banyak menyoal. Terlalu banyak.
Kawan-kawan yang berlagak DIVA : Kamu dan kamu terlalu banyak merungut dan tidak satu apapun rungutan kamu itu boleh membantu. Kamu sibuk dengan tugasan dan peperiksaan? Ya! Aku berkali ganda sibuk dari kamu. Di waktu kamu boleh mengoyangkan kaki lepak di Starbuck atau mana-mana cafe sambil menghirup kopi panas, ada hamba yang tak cukup minit dan saat menguruskan yang terbaik buat kamu dan kamu. Kamu hanya tahu untuk meminta dan merungut. Kamu tidak mahu tahu bagaimana aku mampu atau tidak, boleh atau tidak, senang atau tidak dalam menguruskan yang terbaik buat kamu...
Kawan : Jangan bikin aku rimas. Kamu bukan sesiapa dalam hidup aku. Watak kamu hanyalah pelengkap dalam aku kitaran sosial aku. Aku perlukan kawan. Tapi bukan kawan yang merimaskan. Aku tak pernah suruh kau sembahyang. Aku tak pernah pun paksa kau untuk sembahyang. Jangan paksa dan suruh aku. Itu merimaskan. Mungkin aku tak rasa rimas jika kau sekadar mengingatkan. Bukan memerintahkan. Aku tidak mahu nanti lafaz niat solat aku "Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 4 rakaat kerana kawan aku suruh!". Biarlah aku sembahyang niat kerana TUHAN. Faham kah kawan?
Aku perlu buang kerimasan aku ini jauh-jauh. Percayalah pepatah orang tua itu tepat. Jangan dijolok sarang tebuan.
Aku diam bukan bermakna aku boleh terima. Diam aku juga bukan bermakna aku menyetujui apa yang kalian lakukan. Aku diam kerana aku tidak mahu menyakiti. Tidak mahu mengurangkan pahala. Aku tidak mahu mencorakkan dosa.
Ingatan pada kalian. Aku juga manusia yang punya hadnya. Jangan dilanggar had itu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan