Selasa, Oktober 07, 2008

MANA TEMPAT BEST NAK MAKAN?

Aku antara manusia yang punya tembolok besar seperti lubang hitam. Ya, fizikal aku kecil seperti kebanyakkan pemilik jasad melayu semenanjung yang setiap harinya disuap dengan nasi sebagai makanan ruji.

Makan? Aku suka pada kelakuan itu. Tapi jarang sekali dapat makan ditempat yang asing. Hanya sekadar ulangan sahaja yang selalau dapat aku lakukan. Bila aku tanya pada kekawan lain, mereka jarang sekali menerbitkan idea untuk lepak dan makan ditempat yang tidak selalunya.

Antara tempat yang selalu aku jadikan tempat lepak dan makan ialah:-

  1. Steambot cangkung di depan ampang park berdekatan putra station, area sogo.
  2. Nang Kam kampung baru
  3. Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru.
  4. Devi's Corner di bangsar
  5. Gerai di stesen universiti (putra station)
  6. Mamak di Lotus dekat ngan Hotel Nikko.
  7. Kedai sate + western food kat pulau depan menara celcom
  8. Valentine's Roti kat seberang jalan dekat ngan menara celcom
  9. SS2 - ni kedai lepak paling crowded. Spesel menu air buah medium special. air dalam balang penuh ngan buah, laici, tembikai dan nata de coco.
  10. Kedai kopi depan sogo. Best pekena nasi goreng , mee kicap dan sate.
  11. kalau sarapan pagi : lepak kat Tang Ling dalam area berdekatan tasik perdana. Ada nasi lemak sempoi, roti kukus, teh tarik, mee kicap, pelbagai mee dan meni tengah hari yang orang attack ikan bakar.
  12. Food court kat Bank Negara. Kue teow goreng yang sangat best.
  13. Kedai mamak belakang MTC dekan dengan Concorde.
  14. Food court maju junction.
Lebih kurang tu lah yang aku leh nyatakan. Kalau kamu ada tempat yang menarik. Kongsi la sama yaa.

3 ulasan:

FarhanaLicious berkata...

no 1 mmg bes.
nyum~nyum~

Adieyka Zainal berkata...

@fARHaNALiCiOus: hahaha.. u right dude!

rose berkata...

best..best..bila nak banjer