Selasa, Oktober 21, 2008

KENAPA LA KALUT SANGAT!

Aku hairan bilamana seorang kawan suka sangat menunjukkan mentalitinya pada semua orang. Mahu untuk jadi 'hero'. Mahu juga menayangkan diri 'mari lihat aku kat sini'. Selebihnya hanya mengikut dan meniru sahaja perlakuan 'kiri' itu. Kesannya, maka ramailah pelajar yang melatih diri untuk menjadi 'The Angry Young Man'.

Benarlah, banyak cakap itu lebih mudah menonjolkan kebodohan diri. Kawan itu memang suka cakap berdekah-dekah, kata-katanya sentiasa memeperlihatkan sisi ketidakpuasan terhadap sistem. Tapi dia lupa soal 'orang kecil'. Soal yang paling minor dan major. Hanya mahu tuntutan itu dipenuhi tanpa menilai pro dan kontra serta kesan pada semua orang. Dia hanya melihat pada seorang. Aku sangat simpati pada dirinya. Terima Kasih pada Tuhan yang menunjukkan orang-orang sebegitu dalam hidup aku supaya aku tidak mengulangi perbuatan yang sama. Moga aku dapat kekalkan sifat diam ini supaya tidak 'membunuh' keriangan dalam kehidupan.

3 ulasan:

pjoe berkata...

dia dalam mode defensive

alieya akasha azman berkata...

EM NAK WAT CAM NER,DAH MEMANG ORG TU BEGITU SIKAPNYA. E MUNGKIN SATU HARI DIA AKAN BERUBAH. SETELAH DI SENDIRI YG TERKENA. PENDEK KATA DIA TU MEMANG BENGONG, BERLAGAK PERFECT.

Adieyka Zainal berkata...

moga orang tersebut akan kembali didoakan kesejahteraannya oleh kekawannya yang lain..