Rabu, Oktober 22, 2008

KALI INI AKU BENGANG!

Persiapan ke persembahan telah selesai. Kini sudah 2 malam persembahan berlangsung. Segala kesilapan dan kepincangan telah diperbaiki. Malam tadi adalah malam yang paling sejahtera dan selesa. Semua diselesaikan dengan aman. Cuma tunggu hari esok 23 hb kerana persembahan akan ditonton oleh menteri. Setelah sesi briefing semuanya bersurai dengan ketidaksabaran dalam diri menunggu malam esok.

Aku? Seperti kawan-kawan lain, melepakkan diri dan duduk minum bergebang tentang hari ini dan lalu. Penat berkerja mengendalikan set dan props yang bergerak sepanjang persembahan rasanya terlerai bilamana kawan-kawan datang menyokong dengan menonton.

Tetapi, rasa hilang penat itu tadi tiba-tiba sahaja mampus seperti klimaks yang tak kesampaian. Bilamana telefon tangan yang hampir nak mampus itu berdering.

"Halo!"
"Halo... Esok minta krew kita calltime jam 10am, ada 'Orang Besar' nak nengok dan tapis sebelum Menteri nengok malam esok."
".... ok!"

Huh! Kau orang faham kah makna CELAKA ?

Ni lah perangai orang-orang besar yang paling memualkan. Demi untuk kononnya memenuhi hati seorang Menteri yang mungkin tak kisah dengan apa dipersembahkan itu telah menyebabkan aku, kawan-kawan aku dan seluruh pasukan terpaksa datang pagi-pagi untuk menyuakan pada 'orang besar' itu akan persembahan yang bakal dipersembahkan pada menteri.

Betapa bangsatnya perangai diorang! Hampir 2 bulan lebih latihan dilakukan dengan pelbagai emosi, kerahan tenaga, pengorbanan cuti raya, solat terawikh dan masa rehat itu pada aku terlalu sia-sia. Ini kerana, kami telah menyiapkan produknya. Bukankah lebih bagus tapisan dibuat sebelum habis end product? Kalau malas nak jengah masa latihan, datanglah masa show sebelum show untuk menteri. Apara punya bangang dan bingai 'Orang Besar' ni! Sapa lah yang pilih deme tu jadi 'Orang Besar' pun sama gak bingai dan bangang!

Oh ya! Aku lupa, Orang Besar itu sangat padat jadualnya menyusahkan orang lain dan kini menyusahkan aku dan kawan-kawan aku. Benci sungguh! Atau mungkin juga pihak atasan tempat aku belajar pun terpaksa mengikut kata mungkin kerana takut di bom dengan c4!

Pada kawan-kawan yang nak jadi 'orang besar' atau menteri, jangan menyusahkan orang kerana orang akan menyumpah anda dan akan menuntut ketidakpuasan itu di akhirat. So, kan susah nanti kalau nak mati!

P.S : Aku terlalu sangat membenci perangai 'ORANG BESAR' yang sibuk membontoti dan mahu dibontoti! Jijik sungguh! Busuk punya orang!


1 ulasan:

alieya akasha azman berkata...

dan mungkin bila satu hari kalau d takdirkan sesiapa di tempat org besar akan faham apa yg terjadi. diorg pun tak nak life dorg mcm tu. tuntutan kerja yg membuatkan mereka jadi cam tu. sekalipun jadual mereka sibuk, tapi bukan untuk kepentingan diri mereka, tapi anak2 yg akan ada di masa hadapan. kdg2 kita tak boleh nak menyalahkan sesiapa dalam hal ni, masing2 punya jawapan untuk semua ni.

kadang2 kita Tak nampak apa yg org besar lakukan. sedangkan kejayaan yg ada hingga kini adalah hasil DR SEMUA dan menjadi tulang belakang kejayaan adalah rakyat sendiri. nak atau tidak, memang itu yg akan berlaku. takkan ada manusia yg perfect. MEREKA cuba yg terbaik kerana MEREKA bekerja untuk yg terbaik buat semua org.

jadi dalam hal yg sebegini tiada siapa yg dapat disalahkan. ianya satu tuntutan dalam kehidupan dan akan sentiasa berlaku. kalau bukan dgn cara yg demikian, mungkin dengan cara yang lain.

membuat sesuatu keputusan dan tindakan adalah dengan menggunakan dengan akal yg panjang.kita kena fahami situasi dan keadaan yg berlaku dalam negara kita sekarang.

kalau ada yg buruk memang datangnya dari kita dan yg baik hanya dari Allah S.W.T.