Tadi jumpa kawan kepala gile. Seronok betul boleh gebang macam-macam cerita. Hari ini dia kata dia posa. Bukan posa ganti, ni posa 6 buat tambah pahala. Berikut adalah perbualan kami.
N bukan nama sebenar : Damn! Semalam aku nyer posa punya lah senang habis. Ni lum sampai petang dah kelaut!
Aku : Loh! Apa kehalnyer!
N : Takder la, tadi aku lalu kat depan restoran tu... punya lah sedap bau kari dia!
Aku : Dah tu?
N : Libang libu la aku, separuh kata bukak, separuh kata jangan buka! Ni SETAN punya hal lah!
Aku : Dah tu?
N : Mana tahan beb! Aku balun la nasi kat kedai mamak tu!
Aku : Huh!
N : Ni yang aku kecewa gile sebab aku ditewaskan oleh SETAN! Arggghhhh!! SETAN tul!
Aku : Takpe2!
N : Apsal?
Aku : Tadi aku makan nasi pun tak baca bismillah dan doa makan.
N : Lah! Ko pun ditewaskan jugak ke?
Aku : Ish! apa plak! Aku la yang menang.
N : ???????
Aku : Tadi aku makan banyak2 tapi tak baca doa.
N : .......... so?
Aku : So , bile time aku dah abis makan dah nak kenyang, aku bacalah doa baru aku minum air.
N : dah tu?
Aku : So, SETAN yang menewaskan ko tu, anggaplah aku dah bunuh sebab dia tercekik nasi tak dapat minum air!
N : CILAKAK! ko lagi SETAN sebenarnya!!!!!
Aku : (Tanpa rasa bersalah, berlalu begitu sahaja tanpa menolehkan keadaan N yang semakin parah dek penangan bebelan aku yang mengarut itu. Nampaknya, dia menyimpan tekad nak menghabiskan sisa posa nam nya bersungguh-sunguh!)
1 ulasan:
memang setan betul kawan lu tu
Catat Ulasan